Monday, 16 May 2011

Ekonomi: Satu Cabang Ilmu Sains Sosial

Kenapa ekonomi dikaitkan sebagai ilmu sains sosial? Dimanakah logiknya? Mari kita mengkaji apa yang dimaksudkan disebalik perkataan "EKONOMI". Sebenarnya perkataan ekonomi berasal daripada baYunani iaitu "OIKAU" yang membawa maksud isi rumah dan "NOMOS" yang membawa pengertian peraturan. 

Kajian mengenai ekonomi telah diperkembangkan lagi sehingga meliputi segala perlakuan manusia yang hidup bermasyarakat. Seperti yang kita sedia maklum, manusia sering kali dikaitkan dengan mempunyai kehendak-kehendak yang tidak terbatas. Maksud lainnya adalah manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka perolehi atau miliki. 

Dalam kajian yang dijalankan dalam ilmu ekonomi, didapati bahawa faktor-faktor pengeluaran atau sumber-sumber yang sedia ada tidak mampu untuk menampung kehendak-kehendak manusia yang tidak terbatas (terhad). Apabila berlakunya masalah ini, maka akan wujud ketidakseimbangan di antara kehendak manusia yang tidak terbatas dengan sumber-sumber yang terhad ini. Oleh itu, masyarakat perlu membuat pilihan.

Disini dapat dirumuskan bahawa ekonomi merupakan satu cabang ilmu sains sosial kerana bidang ini secara amnya mengkaji mengenai gelagat manusia. 

No comments:

Post a Comment